Thursday, August 21, 2014

Syukur Alhamdulillah

Jika Tiada Rezeki Anak,
Mungkin diberikan rezeki mertua yang baik
maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar

Jika Tiada Rezeki wang Ringgit
Mungkin diberikan rezeki kesihatan
Maka kita lebih bahagia dari  kerisauan menjaga harta di dunia

Jika tiada rezeki kereta mewah
Mungkin di berikan kereta yang jarang menimbulkan masalah
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
Mungkin di berikan rezeki makanan yang tidak pernah putus
Maka kita lebih bahagia dari gelandangan

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik
Mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah tangga
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala

Jika tiada rezeki jodoh
Mungkin diberi rezeki umur ibu bapa yang panjang
Maka kita lebih bahagia  berbakti sepenuhnya kepada mereka

Jika tiada rezeki hari ini,
Mungkin ada rezeki lebih baik pada esok hari
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijanka

BERSABAR, BERSYUKUR, BERUSAHA, BERDOA , BERTAWAKAL

ALLAH itu Maha Adil




No comments:

Post a Comment